Friday, June 5, 2009

Tuhan yang maha mengetahui

Ku pinta kepada ALLAH setangkai bunga segar,
Ia berikan kaktus berduri,
Ku pinta rama-rama, diberiNya ulat berbulu,
Ku sedih dan kecewa,

Namun kemudian..
kaktus itu berbunga, indah sekali..
Ulat itupun menjadi rama-rama yang cantik..
Itulah jalan ALLAH, indah pada masaNYA..

ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi dia memberi apa yang kita perlukan..

Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka...
tetapi jauh di atas segalanya DIA telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...

Friday, March 20, 2009

Dugaannya...

Kejadian ini berlaku pada hari Jumaat 20 Mac 2009, pukul 11.00 malam. Ketika itu seorang insan hendak membuka Folder Option komputer ribanya. Alangkah terkejutnya beliau kerana tidak dapat berbuat demikian gara-gara virus hackers.dll.vbs (sila Google). Maka, terciptalah lagu ini.

Dugaannya
(Sila menyanyi menggunakan lenggok lagu sebenar dari Hujan)

woo..ooo

Laptopnya dimasuki… virus bernama hackers.vbs
Bukan kehendaknya… bukan impiannya

Dia terlalu tension… tuk formatkan laptopnya
Bila tiba masanya… format mula diperlukan

Berkecamuk hati… hatinya sendiri
Persoalannya kini sampai bila harus ku mengformat… Perlukah ku memformat…

wo..
woo..ooo

Nampak ketara kah dilema diwajahku…
Diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu… 2x

Beginikah selalunya virus… diakhiri sengsara setelah diserangi semua
Cubaku dalami… sampai termimpi-mimpi
Namun apa yang ku jumpa semuanya virus

Berkecamuk hati… hatinya sendiri
Persoalannya kini sampai bila harus ku mengformat… Perlukah ku memformat…

woo..ooo

Nampak ketara kah dilema diwajahku…
Diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu… 2x

Ini semua dugaanNya… semua dugaanNya

woo..ooo

Nampak ketara kah dilema diwajahku…
Diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu…

Thursday, March 12, 2009

Kisah Tensioner dan Rod

Beberapa hari yang lalu, sepasang kawan telah berjanji untuk pergi ke bengkel bersama-sama. Si M hendak membetulkan pam 2 jelang (2T Pump), manakala si W ni hendak menukar minyak enjin dan minyak gear skuter jenama Suzuki VS 125. Si W telah sampai terlebih dahulu kerana si M sibuk dengan tesisnya. Langit ketika itu redup, menandakan sang hujan akan singgah tidak lama lagi. Setibanya si M ke bengkel motorsikal, skuter si W sudahpun dibaraikan. Manakala pam 2 lejang si M pun mula dibetulkan.

"Sempat ke aku nak balik ni? Hari dah nak hujan. Dah la tak makan lagi.." kata dalam hati Si M.

Dengan hanya berbekalkan Roti Gardenia 80 sen serta air mineral Seawater di dalam bakul motor, si M ini pun mengunyahlah ia bak singa yang lapar nasi kandar. Manakala Si W sedang menghisap rokok Sampoerna Menthol dengan moto "Mutu tiada tandingan".

Hujan mulai turun. Sekumpulan anak muda sedang memodifikasi ataupun lebih tepat tuning carburator motosikal berjenama Honda Wave 125 edisi pertama separa bogel di tengah-tengah hujan. Sungguh kental jiwa mereka. Maklum sajalah, baru beli karburetor Mikuni PWK saiz 28mm, semuanya teruja dengan saiz karburetor besar ini yang mampu menaikkan kelajuan motorsikal tersebut sehingga 160km/j dalam masa 3 saat. Setelah 2 minit berada di bawah hujan, maka mereka pun akur dengan kehebatan Tuhan, lalu mereka pun berteduh di dalam bengkel.

Sambil hujan mencurah-curah, pengubahsuaian pam 2 lejang motorsikal si M sudah selesai, manakala penukaran minyak gear dan minyak enjin si W masih dalam perjalanan. Tidak lama kemudian, motorsikal si W pun sudah siap. Taukeh kedai pun datang memeriksa untuk memastikan kerja-kerja anak buahnya puas hati.

Kunci di putar pada penunjuk "ON". Picu brek belakang ditarik. Punat starter ditekan.

"Treet treet treet (lebih kurang)", bunyi enjin skuter.

Lalu tauke itu menggelengkan kepala dan menghampiri si W.

"Ini motor aaa, dia punya tensioner sudah haus lorr, timing chain pun sudah kendur, you mau tukar tak?" kata si tauke.

"Berapa kalau tukar semua sekali?", tanya si W.

"Lebih kurang aaa, RM100 ke atas itu macam..", ujar taukeh.

"Ooo, ok, bila boleh ambik motor ni? Kitorang ada kelas sampai pukul 7, sempat ke?", tanya lagi Si W.

"Dalam pukul 6 itu macam siap, kedai saya bukak sampai pukul 8 itu macam..", sengih si tauke.

"Ok tauke, kalau macam tu, tukar tensioner dengan timing chain.." Si W memberitahu tauke.

"Ok, you kasi nama dan nombor telefon henset, tulis dalam buku tu aa.. Okey" si tauke menyuruh si W.

Maka, bermulalah suatu harapan pada si W, dimana lepas ini tidak akan kedengaran lagi bunyi bertukang di dalam enjin skuter tersebut. Pulanglah si W menumpang si M menuju ke lokasi kediaman si M. Dalam perjalanan pulang ke bilik si M, sebuah skuter telah memotong mereka dan terdapat bunyi bising pada enjin tersebut. Si W bersuara, "Tu bunyi tensioner tu" sambil gelak terbahak-bahak bersama si M.

Keesokan harinya, selepas pukul 6.50, dua orang sahabat ini pun bertolak menuju ke bengkel dengan berbekalkan wang sebanyak RM200, manalah tahu kan kalau kos buruh meningkat. Apabila tiba di bengkel tersebut, skuter tersebut hampir siap. Setelah menunggu lebih kurang 20 minit, skuter tersebut pun siap. Mekanik pun mengeluarkan skuter tersebut bagi tujuan pandu uji.

"Sedaplah bunyi enjin kau..", ujar si M. Lalu si W pun tersenyum.

Apabila sesi pandu uji selesai, si mekanik memanggil si tauke untuk mengenalpasti masalah terbaru skuter tersebut, iaitu semput. Kali ini, tauke tersebut yang memandu uji bagi memastikan masalah tersebut. Ternyata skuter tersebut semput pada pada putaran per minit (RPM) tertentu.

"You mau angkat ini skuter sekarang ker?", tanya si tauke.

"Iya lah, kenapa? Ada masalah lagi ke?", si W bersuara.

"Ini skuter aa, ada manyak semput, saya mau ejas itu karburetor, tapi kalau you mau ini petang jugak pun boleh", terang si tauke.

"Ok lah, saya tinggal skuter ni, nanti tauke kasi ejas baik punya ok..", ujar si W.

"Ok, esok tengahari you datang dalam pukul 12-1..", janji si tauke pada si W.

"OK", kata si W.

Maka, pulanglah sekali lagi si W ke lubuk persinggahannya, kali ini ke bilik kawan beliau seorang lagi. Masa yang dijanjikan sudah tiba, tetapi tidak terdapat sebarang khabar dari tauke bengkel. Si W berkata dalam hati, "Ah, nanti si tauke tu call aku kalau dah siap". Tepat pukul 3.15, suatu panggilan telah masuk. Ketika itu, si W sedang memberi rokok Sampoerna di Petronas.

"Ini si W ke?", suara perempuan kedengaran.

"Ya, kenapa?", jawab si W.

"Itu you punya lod aaa, lod, sudah longgar woo.. You mau tukar ka", kata si perempuan.

"Apa tu? Saya tak paham? Takpelah, kejap lagi saya sampai..", beritahu si W.

"Ok". Panggilan pun diputuskan.

Sebelum pergi ke bengkel, si W menjamah Nasi Beriani Gam dahulu bersama-sama 3 orang rakan seangkatan beliau termasuklah si M. Langit ketika itu sudah gelap, menandakan hujan akan tiba tidak lama lagi. Dengan sepantas kilat, si W dan si M pun bergegas ke bengkel. Setibanya di bengkel, dengan tidak berlengah lagi si W dan si M menghampiri skuter yang separa bogel.

"You punya rod sudah longgar, crack pun ada..", kata si tauke.

"Habis tu, macam mana nak buat? Nak kena tukar rod ke?", tanya si W.

"Ya, mau tukar rod, kalau you pakai rod ini pun tak tahan lama maa, sudah ada crack", ujar si tauke.

"Berapa kos ni? Janganla mahal sangat, duit nak makan pun tak cukup tauke..", kata si Iwan dengan nada kasihan.

"Tak apa, kita kasi ejas harga baik untuk you punya", kata si tauke sambil tersengih.

Si M pun menyampuk, "Betul la aku dok rasa tadi tu mesti dia nak bagitau rod masa dia call kau".

"A'ah la, hadoii" mengeluh si W.

"So, mcm mana? Mau tukar?", tanya lagi si tauke.

"Ok lah tauke, kasi tukar saja, mau bikin baik-baik punya k", pesan si W.

"Ok-ok, kita kasi ejas untuk bos baik punya, jangan risau meh..", janji si taukeh untuk kali ke-3.

Maka, pulanglah si W dengan si M ke bilik rakan mereka. Dalam perjalan pula mereka ditimpa hujan, habis basah sehingga ke pakaian dalam. Sudahlah motorsikal tak siap, basah pula satu hal. Dugaan tuhan semua ini.

"Dah siap ke motor aku hari ni?", bisik si W dalam hati.

Apapun, kita tunggu keputusan hari ini....


p/s : tensioner punya pasal, si W pun tension macam tensionernya..

Saturday, February 21, 2009

konsep..

Bilamana difikirkan, aku tak layak jadi ustaz, jadi aku nak globalkan blog aku. Kadang-kadang bukan tak ada masa nak update blog, cuma tak ada idea.